Penghayatan Etika & Peradaban: Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Pengenalan Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah atau titik permulaan. Ianya adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermuoa dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu per...